" Alhamdulillah..berbesan la kita ye.. "
"Itulah saya pun tertunggu - tunggu jugak jawapan kakak, tau jelah dia tu, susah nak jangka. Ingatkan dah tak jadi"ujar mak
Kemain lagi mak bersembang dengan makcik Siti, aku curi curi dengar je dari dalam bilik.
Keputusan ni aku harap betul ini lah jawapan yang aku rasa paling sesuai dan aku rasa semua orang pun tunggu jawapan yang sama.
Teringat masa aku bersembang dengan Kak Syidah minggu lepas
" Wei , ape cite ko ni?pilih siapa? " Tanya kak Syidah
" Rasanya?" aku cuba berteka teki
" Amalina, Atikah , Liya, Anida semua vote for Man, "jawab kak Syidah
" Last week dia datang pejabat tu semua terkejut weh, macam muka Beto pun ade. ko suke sangat Beto Khusyairi kan? yang konon - konon persis lelaki Melayu Terakhir tu kan?Apesal tak cakap Man tu macam muka Beto?kalau ko tak nak, awal awal akak dah boleh caras"
"hahahahah, ko ade hati rupanya nak dekat 'bakal' saya tu kak? haha .." sambal muka buat buat marah
Aku pun tak perasan sangat muka dia macam Beto, langsung tak perasan . Tapi masa dia datang last week konon - konon nak jumpa Rizal tu, kali ni memang hensem. Elok je ha muka gitu. Kolo dari dulu aku tahu, dah lama aku setuju.hahahahahaha
Selalu aku tengok tak la hensem pun. dan tak pernah hensem pun. Tapi agaknya time tu aku meluat gila. Batu cincin pun nampak macam batu jalan raya.Kalau dah tak suka, itulah rupanya. hahahha.
Akhirnya Wida terima Man |
Keputusan kali ni aku nekad dah la setelah pikir beribu ribu kali
Setelag tidur tak lena 29 hari
Setelah mintak petunjuk
Setelah aku timbang-timbangkan pendapat kawan -kawan
Aku setuju terima Man
Bukan sebab dia hensem
Bukan kaya sangat ..Biasa je.
Teringat aku kata kata Kak Ita kakak Opis aku " Akak dulu jenuh jadi menantu orang kaya tapi bukan tu yang penting . Yang penting laki tu baik, tau tanggungjawab dan terima kita"
Kak Ita bercerai masa anak kecik kecik lagi. Suami ada skandal dengan perempuan yang dia kenal kat mana tah.
Aku Nampak Man ikhlas sayangkan aku. Berbelas tahun tunggu aku.
Terima perangai aku seadanya.Siapa je tahan dengan perangai aku ni.
Dengar mak macam bincang bincang tarikh nak bertunang. Ala, buat kecik kecik sudah la kut. Biasa -biasa pun tak apa. Aku pun blur tak tahu nak mula dari mana.
******************************************************
Lepas Isyak aku pun tengah duduk - duduk nak update blog
Ada mesej masuk
" Terima kasih terima saya "
hahah..aku dah agak..ni mesti Man, siap ada icon love..geli hoiii.hahahaha
"Sama-sama ..saya harap awak dapat jaga saya baik- baik"
"saya terima awak sebab jawapan Istikharah saya"
"Saya terima awak sebab saya nampak awak sungguh -sungguh sayangkan saya"
"Saya terima awak sebab saya nak awak jaga saya sampai akhir hayat saya"
"saya terima awak sebab jawapan Istikharah saya"
"Saya terima awak sebab saya nampak awak sungguh -sungguh sayangkan saya"
"Saya terima awak sebab saya nak awak jaga saya sampai akhir hayat saya"
Mesej masuk lagi
"Saya akan jaga awak sampai akhir hayat saya, Insyaallah"
Aku tersenyum senyum sambil membelek cincin merisik..cincin belah rotan yang aku dah mula pakai sejak siang tadi.
"Ha, senyum apa tu, " "Eh mak, datang dari mana?"
" Orang tengah sibuk bercinta mak datang pun dah tak sedar ye?"usik Mak
"Ala mak ni..malu la" Kalau korang dapat tengok time tu muka aku hijau wei maluuuuuu.huaaaaaa
" Pakcik Hazim dengan abahnya dah bincang, minggu depan jela bertunang, kita tak payah buat besar -besar. Janji ikat dulu"
" Minggu depan mak?" Cepat benor mak oi,,, tak dan apa"
" Ape lagi nak tunggu pun, kita tak payah nak buat hantaran barang, cukup la bawak makanan sikit sikit. Barang barang hantaran kita bawak hari nikah nanti"
"Kakak ikut jela mak dengan abah macam mana,"
" Kalau boleh nak buat tahun ni jugak nikahnya kata Makcik Siti tadi. Man pun duit semua dah cukup. Tinggal nak tunggu kakak je pun sebenarnya,"
Kalau tahun ni, tinggal lagi 8 bulan nak sampai bulan 12..
"Tahun ni? makkkk cepatnya"
"Habis nak tunggu apa kakak?"
Aku senyap membisu..tak ada jawapan..
(Bersambung)
0 comments