Assalamualaikum...
Hari ni kita nak sembang-sembang pasal tikus. Tikus ni tak kisah la dari keturunan apa pun tikus lah tetap tikus bagi saya.. Hamster ke ape ke... semua geli bagi saya.
satu lagi cencurut ..sama spesis ngan tikus..suka masuk rumah . Nak halau cukup susah.Cencurut lebih kecil, bermulut muncung dan suka buat bising. Cencurut tak usik makanan, tak gigit baju tapi suka berak..
Cencurut mempunyai muncung lebih panjang, berbunyi bising dan busuk |
Tikus kalau dah masuk rumah memang stress. Kalau dia dah berak, buat pot merata..siap gigit baju, makan segala bagai . Bukan senang nak halau tikus weh. Tapi boleh cuba dan ikhtiar.
Masa kuarters kami diserang tikus, memang tiap-tiap hari pikir sampai semak rasa kepala. gemok-gemok pulak tikusnya. Habis semua rumah jiran-jiran kena serang dek tikus. maklumlah kuarters tepi sungai ada rimba-rimba plak tu
Banyak cara halau tikus yang boleh kita cuba..buat boleh sampai jadi..
tikus masuk rumah memang stress |
1. Pasang perangkap
Gigih la saya p beli hardware beli perangkap tikus. RM16. kene umpan kepala ikan goreng ke atau apa-apa makanan. Tapi letak kat tempat laluan. saya sorok perangkap dalam plastik hitam :). Dapat tau tikus. seronok gila rasa.
kali pertama dapat saya kesian nak bunuh. letak tikus dalam perangkap kat luar. Sekali bangun pagi esok tengok-tengok tikus dah tak ade.. huwaaa...sakitnya hati.
Lepas tu kan, perangkap tikus tu kalau nak guna balik kene siram ngan air panas bagi bau dia hilang. kalau tak, takdenya nak dapat tikus lagi.
2.Racun Tikus
Racun kat pasar malam ade jual.. kat hardware pon ade. Ade yang jenis biji, macam beras, serbuk beracun pun ade.. pilihla yang mana anda suka. tengok keadaan sama ada anda ada anak kecil atau macam mana.
Lagi satu kalau yang menyerang tu cencurut, kalau nak beli racun, bagitau kat orang kedai tu, untuk cencurut. Sebab, kalau racun tikus cencurut tak akan dekat. rugila..dah beli tapi dia tak layan pulak.
Memang tikus mati. tapi nya, Ada yang mati kat dalam bilik air. Paling tak tahan ada yang mati dekat bawah katil, blakang almari... jenuh membongkor weiii..
3.Letak Daun Durian Belanda
Jenuh saya mencari daun ni.. tak jumpa.. orang kata letak dilaluan tikus tu berjalan. Bila pindah rumah baru, abah tanam pokok durian belanda..ha...puas hati.
4.Lada Hitam
Letakkan lada hitam dilaluan tikus supaya dia lari
5.Letak Gam
Gam tikus boleh beli kat hardware, saya dah cuba letak gam pada permukaan kertas keras. tapi masalahnya bila lekat gam tu pada kaki tikus. Tikus boleh lari. Habis lantai berlekit gam bentuk kaki tikus.. lagi sakit hati wei.
6.Jangan Sumpah Tikus
Jangan sesekali sumpah tikus, nescaya berbondong-bondongla keturunan dia datang kat rumah kita. Silap hari bulan dia gigit pulak baju-baju orang yang sumpah tu..Macam tau-tau je.
7. Guna Spray Ridsect
Petua ni saya dapat dari sorang kawan. Bila nampak tikus, kejar dia.pastikan anda standby spray dengan penyapu. Bila jumpa je dia, spray kat muka tikus tu sampai lama-lama. pastu ketuk dengan penyapu.
Bila dia dah lemah , ketuk botol spray dibahagian kepala tikus. memang mati Insyaallah memang mati.
saya memang menggigil nak kutip tikus yang mati tu tapi sakit hati punya pasal memang kutip. Ikutkan memang geli dan takut tapi tak sanggup nak bergelumang dengan tikus.
Eh tak semestinya cap ridsect tau.
8.Beli Getah Penutup Bawah Pintu
Benda ni pun ada jual dekat hardware. Pasang ini dibahagian bawah pintu. Senang je nak pasang.perempuan pon boleh.janji ade screw driver. Jadi, tikus tak boleh nak keluar masuk dalam rumah kita.
9.Bela Kucing
kalau anda nak bela kucing untuk tangkap tikus, pastikan kucing tu bukan jenis pemalas, penakut, pondan.huhu. Ada sesetengah kucing, tikus lalu pon dia tengok.
tapi kucing tak akan makan cencurut sebab sencurut ni busuk.
10.Letak Buah Pong pong
Buah pong pong penghalau tikus |
Buah ni warna hijau.macam buah epal hijau tu. Tapi tak ada jual. dia banyak kat tepi-tepi jalan.
letak je kat laluan tikus. Insyaallah tikus lari.
11.Solat Hajat
Tak dapat nak digambarkan tahap sakit hati bila tikus lalu lalang tapi tak boleh nak tangkap.
dah tu mengojekan kain baju dan makanan kita
Buatlah solat hajat, mintak Allah keluarkan tikus tikus tu. Sepatutnya solat hajat ni kita buat mula-mula dalam usaha mengusir tikus.
Tapi saya dah last sekali baru buat. Alhamdulillah atas pelbagai-bagai usaha..tikus pun berpindah ke tempat yang lain..yang mati pun banyak jugak.
Yang takut nya bila ada tikus ni, takut ada ular.sebab ular mengejar tikus..ee..lagi seram..
Saya mendoakan anda bebas dari masalah tikus. Kita bunuh dan tangkap kerana risau wabak penyakit.
Mudah-mudahan semua petua dan cara diatas membantu anda
Wahidah Azizan
0124698356
ig: wahidahazizan
nurwandah@yahoo.com
Saya adalah Pengedar Shaklee Ipoh, Pengedar Shaklee Taiping dan COD Shaklee Ipoh (Ampang, Rapat Setia, Tambun, Ulu Kinta, Tanjung Rambutan) dan COD Shaklee Taiping (taiping, Aulong, Simpang, kamunting).Boleh dapatkan vitamin Shaklee daripada saya, konsultasi percuma. Pos ke semua kawasan di Malaysia, Sabah dan Sarawak..
*Shaklee adalah produk kesihatan
Assalamualaikum... Hari ni kita nak sembang-sembang pasal tikus . Tikus ni tak kisah la dari keturunan apa pun tikus lah tetap tikus ba...